Chow Mei Kuan

Chow Mei Kuan (Bahasa Cina: 鄒美君; lahir 23 Disember 1994) ialah pemain badminton Malaysia. Beliau mula bermain badminton pada usia tujuh tahun di sekolah rendahnya, dan membuat penampilan sulung dalam kejohanan senior antarabangsa pada 2012.[1] Beliau memenangi pingat emas di Sukan Remaja Komanwel 2011 dalam acara beregu perempuan dan beregu campuran.[2] Chow bertanding dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast dan memenangi acara beregu wanita dengan Vivian Hoo.[3]

Chow Mei Kuan

Lahir (1994-12-23) 23 Disember 1994 (umur 26)
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Cakat tangan Kanan
Tinggi 1.61 m (5 ka 3 in)
Tempat tinggal Kuala Lumpur, Malaysia
Berat 50 kg (110 lb)
Negara Malaysia
Ranking semasa 11 (WD 23 Mac 2021)
Ranking tertinggi 10 (WD 2 Februari 2021)
38 (XD 27 Ogos 2015)
Tahun aktif 2012